Bila rambut aku nak panjang? :'(
Nak nampak garang lah, nak new look lah, nak cuba sesuatu yang beranilah
End up, diri sendiri menyesal *tunduk, kesat airmata*
Yelah, kita perempuan je faham perasaan tu. Kalau cerita dekat lelaki,
dekat ayah ke dekat abang ke dekat adik diorang mesti taklayan.
Senang cerita kita je yang tau apa yang kita rasa
*sebenarnya sentap sebab baru baca karikatur yang dia cakap perempuan
selalu mengomel and cepat menyesal lepas buat sesuatu and suka merengek
ABCDEFGHI betul! Grr.
Oklah, aku pun dengan rajinnya (Search benda cmni mmg rajin. Padahal tengah exam week!) pergi membuat research dekat Google. Cari cmno jalan nak cepatkan pertumbuhan rambut tuu. Hehehe
So, inilah yang aku jumpaaa :D
Satu : Baca nombor dua
Dua : Baca nombor satu balik. ceh takdelah! haha ok semula.
*rewinddddddddddddddddddddddd~~~~~*
Satu : Potong Rambut!
- Maksudnya buat trimming rambut. Buang hujung-hujung rambut yang bercabang and yang dah rosak tuu.
- Trim rambut at least 3-4 bulan sekali sekurang-kurangknya juga 1 cm. (alamak aku rajin sangat sebulan sekali. Patutlah lambat panjang! -.-")
Dua : Elakkan Modify Rambut Anda! *ni aku terasa k!*
- Kalau boleh JANGAN lekapkan (ok macam taksesuai je perkataan lekapkan) langsung benda panas dekat rambut
Cth: Straighten, Curler, Hair Dryer. Maksudnya suhu tu jangan terlampau panas sampai boleh akibatkan
rambut korang kering and rosak. Boleh pakai, tapi jangan selalu. Kalau ada function dimaafkan. Haha
Tiga : Jangan shampoo rambut tiap hari
- Rambut korang ada minyak yang bagus untuk menutrisikan rambut korang so kalau asyik basuh je dia akan jadi kering dan kurang nutrisi. Kalau boleh 3-4 hari sekali :) Unless kalau korang kerja outdoor ke, korang ke tempat yang memang surrounding dia kotor, so haruslah membasuh rambut untuk kekalkan kebersihan ye?
Empat : Jangan ikat rambut terlalu ketat!
- Rambut korang akan 'patah' kalau korang selalu ikat dengan kuat pada tempat yang sama. Hmm, macam ikat ekor kuda tuu? Seeloknya pakai pengikat rambut yang getahnya lembut tuu. So takdelah korang seksa rambut korang :D
Lima : Hindari kolam renang!
- Kalau yg ni mesti ramai yang dah tau kan kenapa kena hindari kolam renang? :)
Sebab kolam renang ada klorin. Nanti klorin tu merosakkan rambut. Kalau nak berenang, teringin sangat nak berenang dalam swimming pool, sila sila lah pakai topi berenang tu ye?
Enam : Kurangkan menyikat rambut dan menggosok rambut dengan kasar.
- Korang tau tak kalau korang asyik sikat rambut je struktur rambut korang boleh al-jahaneeeemm? Ha kalau takcaya, try buat selalu. haha. Sikat rambut dengan lembut dan sebolehnya untuk rambut yang masih basah, sikat guna sikat gigi besar.
Tujuh : Amalkan diet yang seimbang!
- Diet sihat dan seimbang akan beri korang nutrisi yang diperlukan oleh rambut untuk
tumbuh sihat. Elakkan makanan junk food (ehemmm) , rokok, minuman beralkohol, serta
minuman yang mengandung kadar kafein tinggi.
Lapan : Sentiasa memanjakan rambut anda.
- Picit kulit kepala korang takkisah la time nak shampoo ke, nak tidur ke, time tengah berangan ke. Haha. Tujuannya adalah untuk melancarkan peraliran darah kat kepala korang and boleh relaks kan kepala korang. Haha aku pun tkberapa sure untuk yang ni. Takpe, kita try je. Massage kepala sendiri lah ye lepas ni? :D
Sembilan : Pakai Topi !
- Elakkan kena pancaran UV matahari tu secara langsung. Pancaran tu boleh merosakkan dan mengeringkkan rambut korang. Alah yang macam iklan shampoo selalu tuuu. heehhee
Sepuluh : Buat semua cara di atas dengan berterusan dan tanpa henti siang dan malam. Haha!
Tolonglah rambut aku cepat panjang. Paling panjang rambut aku adalah ketika aku berumur 6 atau 7 tahun. Sampai punggung beb! huahahaha! Kau adaaaaa?
:p
Pengarang petua yang berkaliber,








